Trending

Monday 28 September 2015

Kutipan Polis Evo Sudah Cecah RM8 Juta



 
28 September 2015, 5:09PM
Nampaknya filem paling hangat di pawagam ketika ini, Polis Evo bakal menjadi filem terlaris untuk tahun 2015 apabila mencatatkan kutipan sangat memberangsangkan hasil sambutan positif para peminat filem di Malaysia.
Belum pun dua minggu di pawagam, Polis Evo sudah berjaya mengaut kutipan melebihi RM8 juta menjadikan ianya filem tempatan paling laris tahun 2015 setakat ini — yang sebelum ini dipegang oleh filem Suamiku Encik Perfect 10 dengan kutipan hampir RM3 juta.
Sambutan memberangsangkan untuk minggu kedua tayangan ini didorong oleh reaksi positif para peminat yang telah menontonnya sejak 17 September 2015 lalu selain daripada rangka promosi yang masih giat berjalan.
Menurut Naib Presiden & Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar, Astro Shaw yang merupakan penerbit filem Polis Evo akan terus berusaha menerusi rangka promosi agar dapat menarik minat khalayak untuk hadir ke pawagam menonton filem Polis Evo di seluruh negara.

2 comments:

  1. hai salam kenal ya,yuuk gabung di poker online kami di www.fanspoker.com || agen poker resmi dan terpercaya hanya di sini tempatnya,
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    ReplyDelete
  2. Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
    segera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**

    ReplyDelete

About

Popular Posts