Trending

Monday, 28 September 2015

Keluarga Mahu Perkahwinan Stacy AF Dan Akim Ahmad Disegerakan


Pertunangan Akim Ahmad & Stacy AF hujung minggu lalu memang menjadi topik perbualan ramai peminat dunia hiburan yang gembira dengan perkembangan hubungan kedua dua penyanyi kesayangan mereka ini. Pastinya selepas ini mereka menantikan majlis perkahwinan mereka pula.
Bercakap kepada mStar OnlineStacy AF mengakui yang majlis pertunangan ini dilangsungkan kerana permintaan keluarga yang mahukan perkahwinan mereka berdua disegerakan lebih lebih lagi mereka sudah menjalin hubungan cinta lebih enam tahun.
“Mak dan ayah kami minta ia disegerakan. Saya pun sudah masuk Islam, perlukan bimbingan. Tambahan pula kami sudah enam tahun berkawan. Dalam Islam pun tidak elok untuk lelaki dan wanita sering berdua-duaan jika tiada ikatan”
“Selepas berbincang, kedua-dua pihak bersetuju melangsungkan majlis pertunangan pada Sabtu lalu,” ujarnya yang gembira dengan pertunangan ini.
“Semestinya saya gembira, akhirnya kami bertunang selepas enam tahun berkawan. Pada masa sama, saya sendiri perlu lebih bersedia untuk menjadi isteri orang,” tambahnya lagi. 









Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts