1. Sarang burung walit sangat berharga dan memberi hasil berjuta-juta ringgit setiap tahun bagi pengusaha premis burung walit di Malaysia.
2. Percaya atau tidak, harga runcit sarang burung walet berkualiti premium dari Malaysia boleh mencecah sehingga RM66,000 sekilogram di negeri China.
3. Pada umumnya harga pasaran sarang burung walet berkualiti biasa dari Malaysia dijual sekitar RM8,000 sekilogram di China.
4. Bagaimanapun harga sarang burung walet yang tidak diproses hanya dijual pada harga sekitar RM3,000 sekilo atau lebih rendah.
5. Syarikar farmasi negeri China yang berusia lebih 300 tahun Beijing Tongrentang telah menyenaraikan harga produk sarang burung walet berkualiti tinggi sekitar RM26,648 sehingga RM66,000 sekilogram.
6. Lokasi yang dibenarkan untuk aktiviti perladangan burung walit ialah Kawasan pertanian seperti kawasan ladang, perkebunan, akuakultur, aktiviti berkaitan dengan pelancongan berasaskan pertanian.
7. Manakala lokasi yang tidak dibenarkan untuk aktiviti perladangan burung walit ialah di pusat tumpuan utama aktiviti bandar.
8. Selain itu kawasan sekolah, klinik kesihatan, tempat ibadat, kawasan taman permainan, kawasan kegunaan khas, rizab utiliti dan kawasan sensitif alam sekitar, kawasan tadahan air dan hutan simpanan kekal juga tidak dibenarkan.
9. Anda perlu Mendaftar dengan JPV dan membuat permohonan lesen premis kepada PBT yang terdekat untuk menternak burung walit.
10. Had ketinggian bangunan adalah tidak melebihi atau sama 12 meter.
11. Tempoh sah laku lesen adalah sehingga 3 tahun. Tarikh luput lesen adalah pada tarikh yang sama tahun berikutnya, iaitu sama seperti yang diamalkan bagi permohonan lesen memandu.
12. Anggaran pendapatan sesebuah rumah burung walet berkeluasan 20’ x 70’ x 2 tingkat adalah sekitar RM40-RM60k sebulan atau 10-15kg sebulan selepas tempoh matang atau kebiasaannya selepas tahun ke-4.
13. Indonesia (60%), Thailand (20%), Malaysia (7%)dan lain-lain Negara (13%) merupakan pengeluar utama sarang burung cuma mampu menyumbang 30% dari permintaan pasaran dunia seluruh dunia.
14. Sarang burung walet adalah halal untuk dimakan dan anda bolehlah menghubungi jabatan yang berkaitan (JAKIM) untuk membuat pengesahan.
15. Sup sarang burung walit amat baik untuk merangsang sel dan penghasilan semula struktur sel badan serta penghasilan kulit yang muda, lembut, licin dan halus.
16. Ia juga dipercayai mampu meningkatkan sistem imun badan dan melawan penyakit, melancarkan sistem darah dan melambatkan penuaan.
No comments:
Post a Comment