Trending

Saturday, 28 March 2020

Groom Wild Betta yang Clamped


Groom Wild Betta yang Clamped.
Ikan Alien Blue saya jadi clamped sikit kat ekor dan anal fin. Jadi saya terus groom dan rawat ikut ilmu yang saya belajar dari Master Abang Zulkifli Mohd Salleh.
1. Sediakan baldi hitam. Lagi elok baldi yang tinggi. Saya hanya gunakan baldi seperti dalam gambar.
2. Masukkan air setinggi 8-12 inci. Baldi saya guna tu, saya masukkan air kurang 2-3 inci dari paras penuh.
3. Masukkan sedikit tanah liat atau sarang angkut-angkut. Saya buang dulu bangkai labah-labah atau serangga dalam sarang tu. Saya masukkan sedikit serpihan seperti dalam gambar (ketul-ketul bukan hancurkan).
4. Masukkan daun ketapang, pokok pakis batang hitam tu dan daun pisang kering. Nak masukkan lalang kering atau daun kelapa kering pun boleh. Tujuannya supaya ia seperti di habitat asal ikan. Daun ketapang dan daun pisang tu boleh merawat ikan sakit.
5. Masukkan ikan bila air dah jernih atau tidak berdebu.
6. Saya tutup sedikit baldi tu dari hari pertama ke 7. Selepas tu saya tak tutup dan ikan pun tak lompat keluar. Mungkin dah biasa dengan keadaan dalam baldi.
7. Bagi makan macam biasa. Jentik, live food atau Artemia (BBS). Saya bagi BBS sebab memang selalu buat untuk bagi kat guppy. Gilir dengan jentik dan kutu air. Kutu tu saya guna Daphnia Magna.
8. Saya biarkan ikan macam tu selama 12-14 hari. Air tidak tukar. Biar je macam tu. Kegunaan tumbuhan air di dalam baldi membantu menyerap kotoran terhasil dari sisa makanan sebagai baja serta menjadi penapis supaya air tidak terlalu kotor.
9. Ikan saya tu cukup 12 hari, saya angkat dan masukkan dalam tank kaca. Bagi dia rehat dan sesuaikan dengan keadaan persekitaran baru.
10. Lepas ikan dah selesa sikit baru bagi dia flare. 1-2 hari lepas kerap bagi flare, form kembali cun. Dah takde clamped ekor dan anal fin.
Manakala yang ni pula ilmu yang saya dapat dari sifu dan otai lain untuk groom ikan, rawat ikan clamped dan setup nak tinggal ikan 5-6 hari;
1. Pastikan nak groom tu, air kena dalam. Bekas kena luas. Letak tumbuhan air supaya dia rasa macam di habitat asal. (Sifu Zack Hardy)
2. Nak rawat ikan sakit, letak sikit tanah liat dan masukkan dalam bekas besar. Nak groom pun sama. Letak tumbuhan air dan air kena paras tinggi dalam bekas luas. (King MoHd Khairy)
3. Letak jantan dalam satu bekas. Nanti letak betina selama 20 minit setiap hari supaya jantan flare dan makin aktif. (Sifu Safarin Hamid)
4. Nak cegah clamping, kena tukar air 3 hari sekali. Buh garam sikit dalam tank tu. Kena sentiasa bagi ikan flare untuk elak clamping. Jika ikan dah kecut anal fin atau clamped boleh cuba cara tukar air kerap (2-3 hari sekali) dan bagi flare kerap sikit. (King Aniki Anuku)
5. Kalau nak tinggal ikan 5-6 hari seeloknya letak ikan dalam akuarium atau bekas besar, ada rumpai atau tumbuhan air dan bekas tu biar kena cahaya waktu pagi. InsyaAllah ikan tahan lama. (King Aniki Anuku)
Kesemua sifu yang saya tanya, mereka gunakan tong dan bekas besar supaya paras air tinggi dan bekas tu luas untuk keselesaan ikan.
Saya yakin banyak lagi cara groom dari sifu dan breeder padu. Boleh kongsikan di sini. Moga apa yang saya kongsikan ini bermanfaat untuk semua.
Terima kasih atas ilmu dan nasihat daripada king, sifu dan otai yang selama ni tidak kedekut memberi ilmu mahal dalam penjagaan ikan laga.





Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts