Trending

Monday, 6 May 2019

Rahsia Pokok Durian Kerdil Berbuah Seawal 2 Tahun Melalui Kaedah Cangkuk Susu


 Pokok durian jenis kawin (Grafting) biasanya berbuah lebih kurang dalam 5 tahun selepas ditanam dengan penjagaan dan pembajaan yang teratur. Manakala jika ditanam dari biji ia berbuah agak lama iaitu lebih kurang 7 hingga 8 tahun.

Jika anda tidak sabar dan mahu pokok durian berbuah lebih cepat, anda boleh cuba kaedah yang saya kongsikan di bawah ini. Pokok durian yang di cangkuk akan berbuah lebih kurang 2 atau tiga tahun sahaja berbanding pokok durian grafting.

Teknik cangkuk susu ini sangat popular di negara jiran seperti Indonesia dan Thailand. Manakala di Malaysia ianya amsih kurang di praktikan. Kelebihan teknik ini ialah pokok akan berbuah lebih cepat dan boleh di tanam dalam pasu cuma buanya tidak berapa banyak. Saya cadangkan supaya tanam terus ke tanah untuk mendapatkan hasil yang optimum.

Mula-mula anda kupas kulit dahan durian yang mahu di cangkuk seperti gambar di bawah. Pastikan buka semua kulit sampai ke bahagian kayu dahan.

Langkah kedua, buat 4 torehan seperti gambar dibawah, tujuannya untuk meletakkan 4 batang pokok durian yang bersaiz lebih kecil, (lihat video dibawah dengan lebih jelas) untuk mengelakkan dahan durian tidak kering dan mendapat makanan dari akar tadi.


Ikat menggunakan plastik 


Balut menggunakan plastik lutsinar bersama dengan tanah hitam dan ikat ketat


Selepas sebulan, akar mula kelihatan keluar, anda bolehlah memotong dan sedia untuk dipindahkan ke pasu atau tanam terus di tanah




Hasil daripada teknik cangkuk susu, pokok durian berbuah lebih cepat dan amat rendah, budak kecil pun boleh ambil buanya.



lihat video dibawah dengan lebih jelas.




Selamat mencuba! 
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts