Trending

Tuesday 12 July 2016

Dek 'Gelekan Maut' Anak, Inilah Tindakan MENGEJUTKAN Kazar Bikin Peminat Sedih!


Baru-baru ini viral di laman Twitter tentang satu video yang memaparkan seorang gadis Melayu hangat menari lagu One Dance nyanyian Drake. Video tersebut telah mencetuskan pelbagai reaksi negetif dari netizen.

Gadis itu dikenali sebagai Ira Kaza yang merupakan anak kepada pelakon yang sudah lama bertapak dalam industri seni tanah air kita iaitu Kazar Saisi.

Rata-rata netizen menganggap Ira Kaza tidak seharusnya memuatnaik video berkenaan, malah tak kurang juga yang menghentam beliau dek kerana ‘gelekan maut’ ini.

Video yang dimuatnaik Ira Kaza telah dipadam oleh Ira selepas viral dilaman sosial ini. Bahkan, ia turut mencuri perhatian bapanya dan mengakui bahawa itu adalah anak perempuannya. 

Menerusi perkongsian di laman Instagram Kazar, beliau memohon maaf dari pihak anaknya dan turut menyatakan bahawa dia akan menutup akaun Instagramnya serta merta. 

Dek 'Gelekan Maut' Anak, Inilah Tindakan MENGEJUTKAN Kazar Bikin Peminat Sedih!
"She's my baby girl. I love her so much. Dia bukan budak jahat, dia hanya melalui zaman remajanya seperti saya juga suatu ketika dulu. 
"30 tahun saya berkhidmat tanpa jemu menghibur manusia-manusia lain yang memerlukan. Hiburan tanpa meminta upah dan ganjaran tapi seperti yang dijangka akan ada manusia yang akan sedaya upaya berusaha hingga ke keringat terakhir untuk mencungkil sesuatu yang akan dapat mengguris dan mencalar keceriaan dan kegembiraan kami sekeluarga. 
"So dengan ini saya Kazar ingin memohon maaf pada semua kerana akaun Instagram ini tidak akan aktif lagi. Mengundur diri bukan kerana saya kalah tapi hanya untuk memberi kepuasan dan kemenangan percuma kepada mereka-mereka itu.
"Terima kasih kerana memberi saya peluang untuk berehat," luah Kazar. 
Bagaimanapun menerusi perkembangan terbaharu di laman sosialnya itu, posting mengenai pemohonan maafnya itu telah dipadamkan.

Nampaknya tidak ada lagi gambar-gambar edit kelakar daripada Kazar untuk peminatnya di akaun Instagram. Tentu pasti ramai peminat sedih dengan keputusan beliau. Apapun, semoga Kazar tabah hadapi dugaan ini.



Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts