Trending

Saturday 3 August 2019

Baka Durian Di Raja ASFA50 yg tercipta dari kaedah Embryo Tissue Culture dan Bud Grafting




Menurut Kajian, Baka Durian Di Raja ASFA50 yg tercipta dari kaedah Embryo Tissue Culture dan Bud Grafting
Merupakan yang pertama di dunia menggabungkan Baka Tembaga dengan Raja Kunyit, Duri Hitam dan Udang Merah sekaligus
Ia adalah satu2nya baka durian yg memiliki akar tunjang yang hanya memerlukan ruang 15kaki x15 kaki utk tumbuh subur dan segar. Bilamana baka durian yg biasa adalah berakar rambut dan melebar sekitar 40 kaki x 30kaki
Baka Durian DiRaja ASFA50 dijangkakan akan mula berbuah seawal 3ke 4 tahun.
" Namun di atas kuasa Allah SWT, baka pertama yg kami tanam sehari selepas Pelancaran di Raja pada 18hb Mei, 2017( dua tahun dua bulan )
Sudah mula Berbunga...Subhanallah, Syukur Ya Allah Maha Pemurah Memberikan Nikmat Rezki yg Abadi

Durian Diraja Asfa50 adalah kombinasi baka durian yang tahan lasak yang dikahwinkan melalui proses Bud Grafting dengan 4 baka durian premium & terbaik buat masa kini seperti Tembaga,Musang King, Duri Hitam & Udang Merah.
Proses penyatuan melalui Bud Grafting ini menjadikan Durian Diraja Asfa50 mudah ditanam oleh siapa sahaja walaupun tanpa ilmu pertanian yang tinggi. Ianya mudah dan tidak cerewet.
Sebelum baka ini dikeluarkan untuk pasaran ianya telah melalui 7 tahun proses R&D sehingga mencapai beberapa karaktor unik seperti:-
- Maksima ketinggian pokok dijangka sekitar 10 - 12 kaki sahaja
- Mula berbuah seawal berumur 3 tahun berbanding yg lain 4 hingga 9 tahun
- Mampu berbuah 2 kali setahun
- Akar tunjang dijangka tidak akan merosak kan stuktur binaan sekira nya didalam kawasan perumahan terhaf.
- boleh ditanam dalam pasu besar sekiranya tiada kawasan untuk ditanam
- bagi penanaman komersil, ianya hanya memerlukan jarak 15 - 20 kaki sahaja diantara 1 pokok ke 1 pokok yang lain berbanding 40 kaki kebiasaannya
- jangka hayat pokok sekitar 30 hingga 40 tahun
- memiliki 80% kandungan gas lebih rendah berbanding kebiasaan durian lain menjadikan durian ini kurang berbau dan dijangka tidak menjadi halangan jika dibawa masuk kedalam hotel maupun kapal terbang satu masa nanti
Untuk penanaman komersil, sebanyak 191 batang pokok boleh ditanam di tanah berkeluasan 1 ekar dengan kadar 15 kaki diantara pokok
Rasa buah nya lemak kelemakan, manis yang tidak melampau dan bercampur sedikit rasa pahit yang memang sesuai dengan cita rasa pencinta durian. Warna tidak terlalu kuning dan tidak berbau kuat seperti durian yang lain. Isi nya tebal dan mudah dimakan manakala bijinya kecil sahaja. Kulit buah durian ini nipis menjadi kan ruang nya dipenuhi isi sepenuhnya.
Buah Durian Diraja Asfa50 sudah pun di isytihar kan sebagai buah Diraja kedua selepas Mempelam Harumanis








Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts