Trending

Wednesday, 2 May 2018

BEREBUT SIJIL EMAS RAJA-RAJA MELAYU HADIAH DARI SUKARNO


BEREBUT SIJIL EMAS RAJA-RAJA MELAYU HADIAH DARI SUKARNO
Oleh Sahabat Shahpaskal
1. Pernah dengar tak perihal Dana Raja-Raja Melayu TETAPI dimiliki atas nama bekas Presiden Indonesia, General Ir Seokarno aka Bung Karno…?
2. Kita ceritalah sedikit asal-usul dana-dana ini. Seperti yang kita sedia maklum, negara tetangga kita, Indonesia merdeka dari penjajahan Jepun pada 17 Ogos 1945 iaitu dua minggu selepas 2 biji bom atom diletupkan oleh pihak US di Hiroshima (6 Ogos 1945) dan Nagasaki tiga hari kemudian.
3. Bagi kita pulak, sebaik sahaja Jepun menyerah kalah, komunis Bintang Tiga mengambil kesempatan untuk menguasai negara selama beberapa minggu sebelum pihak British kembali memerintah.
4. Berbalik ke Indonesia. Kira-kira setengah dekad kemerdekaannya, Bung Karno berjaya memperolehi satu kunci emas Nabi Sulaiman a.s yang dikenali sebagai ‘Panji Emas Tanah Jawa’. Panji emas ini adalah warisan Nabi Sulaiman a.s yang kemudiannya diwarisi pula oleh Rasullullah saw.
5. Panji emas ini hanyalah satu botol kaca sebesar jari kelingking sepanjang lebih kurang dua inci seakan-akan botol minyak atar yang di dalamnya ada jernih dan sebatang jarum emas sebesar mata pensil. Anehnya botol kaca ini terpateri dikedua-dua hujungnya dengan cantik sekali.
6. Bung Karno dapat memenuhi kehendak persyaratan untuk menerima Panji Emas berkenaan kerana titisan darahnya adalah dari Sunan Kalijaga, salah seorang Wali Sembilan Tanah Jawa. Maka, bila dah terima panji emas ini, beliau mendapat gelaran Satrio Piningit. Macamana Bung Karno dapat, tak payahlah kita bahaskan sebab semuanya terkait dengan alam ghaib dan kesufian.
7. Dengan Panji Emas digenggamannya, maka terangkatlah harta warisan Tanah Jawa. Dianggarkan jumlahnya sekitar 150,000 tan. Dengan harta ini jugalah, secara tiba-tiba Indonesia menjadi kaya raya dan menjadi kuasa besar Asia.
8. Di Malaysia (Malaya) pulak, pada waktu itu (awal tahun 1950-an) masih sibuk dengan perang melawan komunis dan sedang bersemarak, laungan anti Malayan Union oleh nasionalis Melayu ke atas British, penentangan ini sedikit sebanyak diinspirasikan dari kejayaan Bung Karno memerdekakan Indonesia.
9. Emas-emas Bung Karno disimpan di merata-rata tempat. Majoritinya di bank-bank terkemuka di Eropah dan juga di US. Ye lah.. Jumlahnya besar, ratus ribu tan. Rentetan itu, maka terhasilah satu perjanjian dagangan emas yang dikenali ‘Perjanjian Green Hilton’. Detailnya jangan tanya, boleh cari dan baca sendiri.
10.Selain simpanan jongkong di negara ketiga, kepingan bar juga dibuat dalam berat satu kilogram, yang lazimnya tertera muka beliau (Bung Karno). Bar-bar emas ini banyak dibuat komoditi runcit di sekitar Asia Tenggara termasuk negara kita terutama oleh penghijrah dari seberang.
11.Dengan melihat kecelaruan Malaya waktu itu, Bung Karno menggunakan kekuatan kewangannya (jongkong emas) untuk cuba membawa Malaya menyertai Gagasan Melayu Rayanya.
12.Antara langkah yang diambil Bung Karno adalah membekalkan bar-bar emas berwajah beliau kepada institusi beraja negara kita melalui saluran tertentu dengan harapan Raja-Raja Malaya bersetuju menyertai Gagasan Melayu Raya beliau.
13.Selain itu, Bung Karno juga telah mendepositkan emas-emas jongkong dengan bank di Eropah di mana diletakkan Raja-Raja Melayu Malaya sebagai "penama-penama" di atas Sijil Deposit Emas berkenaan. Tempoh matang pendepositan ini berbeza-beza, umumnya sekitar 50 tahun hingga 75 tahun.
14.Bagaimanapun, malang untuk Bung Karno kerana Raja-Raja Melayu rata-ratanya masih setia di bawah naungan British. Jadi, gagasan Melayu Rayanya gagal. Dengan kegagalan ini, Bung Karno menyumpah mana-mana emas bar miliknya yang berada di Malaya akan jadi tembaga kuningan.
15.Bagaimanapun, sijil-sijil deposit emas taklah dapat dipinda lagi dan terus kekal atas nama Raja-Raja Melayu. Akibat geramnya Bung Karno atas kegagalan penerimaan ideanya oleh pemimpin Malaya, maka perang atau dikenali Konfrantasi Malaya-Indonesia pun bermula. Era perang ni adalah dari 1962 hinggalah 1966.
16.British tidak senang dengan tindakan Bung Karno ini dan merasakan beliau seharusnya diturunkan. Melalui percaturan politik antarabangsa yang didokongi British dan sekutunya Uncle Sam, maka Bung Karno digantikan oleh General Suharta pada tahun 1967.
17.Jom kita lihat perkara pokok yang mentajuki artikel ini iaitu "Bon Emas Raja-Raja Melayu milik Bung Karno". Jika mengambil-kira tarikh sekarang, semua sijil deposit telah matang dan emas-emasnya boleh diambil-balik khasnya dalam bentuk nilai matawang setaranya.
18.Emas-emas yang ‘dihadiahkan’ Bung Karno kepada Raja-Raja Melayu kebanyakannya berada digudang-gudang di Jerman dan Switzerland. Dari makluman, jumlahnya lebih 10,000 tan. Kalau nilai semasa, adalah dalam RM1.5 trilion.
19.Melalui saksi hidup yang pernah ke salah satu gudang ini di Jerman, di luar gudang terdapat puluhan laci kayu keras seperti kotak ‘safe-box’ kat bank. Setiap satunya menyimpan sijil asal deposit emas-emas ini dalam ‘kuantiti’nya. Bagaimanapun, ada empat laci yang tak boleh dibuka.
20.Jongkong-jongkong emas ini disusun di atas pallet-palletnya. Cuma yang menjadi keanehan, sebahagian besar waktunya pallet-pallet ini kosong. Jongkong-jongkong emasnya ghaib dan hanya muncul untuk beberapa ketika. Macam Chocfat, sekejap ada, sekejap tak ada.
21.Kita tak mahu sentuh emas-emas milikan Indonesia, cukup kita cakap pasal emas atas nama Raja-Raja Melayu kita sahaja. Maka, dengan bertebarnya salinan sijil-sijil emas ini di kalangan rakyat kita yang berminat nak kaya cepat,
muncullah satu perusahaan ‘mendanai usaha pencairan Dana Raja Melayu Emas Sukarno’.
22.Dan ramailah yang tertipu kerana rata-rata mereka tak paham macamana sebenarnya benda ni. Emas-emas ni terkait rapat dengan alam ghaib. Kalau tak, masakan sekejap ada sekejap hilang sekelip mata walhal puluhan kamera CCTV yang memantaunya.
23.Bank Negara kita tahu hal ini khasnya dikalangan otai-otainya. Benda nampak tak masuk akal tapi realistik jika kena caranya. Nak merealisasikan emas-emas ini dan seterusnya untuk memanfaatkannya, hanya satu isu mesti diselesaikan. Isunya adalah SIAPA yang boleh mengambilnya… Khabarnya ada kalangan Raja Melayu pun tak berani mengambil-milikkan emas-emas ini. Ia penuh sumpahan yang kaw-kaw.. Ye lah.. Asalnya harta Nabi Sulaiman a.s.
24.Ini semua terkait dengan hak waris dan juga daulat tubuh badan individu yang nak mengambilnya nanti. Kalau kena dengan orangnya, jongkong-jongkong emas digudang berkenaan akan zahir dan terus kekal zahir lalu sedia diambil manfaatnya sama ada dibawa pulang atau diambil nilainya.
25.Jika diambil nilainya, maka instrumen kewangan yang terlibat lazimnya dalam bentuk Jaminan Bank (BG) atau Surat Jaminan Kredit (SBLC - Standby Letter of Credit). Dan muncullah pelbagai istilah perpindahan dana kewangan lain seperti M760.
26.Bab ni, mana yang usung cerita dan dokumen berkaitan, mereka tahulah bendanya instrumen bank yang saya katakan..Tapi saya tak payah usung pun dah tahu.. Kesian kat jawan-kawan ni.. Ramai yang tergadai rumah dan jadi muflis mengejar harta aneh lagi berhantu ni.
27.Akhir kata, semua permanfaatkan emas-emas Bung Karno untuk Tanah Melayu hanyalah boleh jadi realiti jika ada individu yang punya hak waris yang menyatu di dua tanah (Malaysia dan Indonesia) dan direstui kalangan ghaib Indonesia dan Malaysia (Tanah Melayu). Dan orang inilah juga dikenali Pewaris Tanah Melayu. Siapa dia…? Jom kita sama-sama cari…

3 comments:

About

Popular Posts